Jumaat, 28 Ogos 2009

Hari yang lembab

Hari ini hujan lebat dari aku bangun sahur lagi. Enaknya tidur pagi tadi sehinggakan aku malas-malas sahaja bangun. Lepas subuh hujan masih menggila. Macam manalah aku nak ke office. Agak lama aku tunggu akhirnya aku terlelap dan sedar-sadar sudah jam 9.30 pagi. Aduhhh kalut dibuatnya. Moral of the story jangan tidur lepas solat subuh.

Aku sampai office jam 10.00 pagi. Wahhh macam CEO pulak aku.

Hari ini aku terima email dari seorang teman yang menyenaraikan 27 hotel yg mendapat pengesahan halal JAKIM. Mudah-mudahan kita semua celik mata dan mengingatkan pada rakan2 dan pihak-pihak yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja muslim. Mudah-mudahan ramadhan ini adalah ramadhan yang diberkati.

Untuk tahu senarai hotel-hotel tu sila lah ke website JAKIM.

Malaysia negara Islam tapi pelik kan, kenapalah hal haram halal ni pun boleh dipandang remeh. Pihak-pihak tertentu sepatutnya dah lama celik dari kebutaan dunia. Malaysia Boleh!!! BOLEH SANGAT LAH TU.

Tiada ulasan: