Rabu, 26 Ogos 2009

Hari yang gembira

Semalam aku sampai rumah lebih kurang jam 4.45. Kalut ribut betul aku, ye lah nak bersiap-siap ke bazar lagi. Sampai saja di rumah segala kalut ribut tu hilang bila nampak abah tengah berbaring depan tv. Wahhh rombongan mak abah buat kejutan untuk aku. Bulan puasa aku tak dapat balik kampung berbuka bersama kerana meniaga, mak tukar jadual nampaknya, dia yang datang sini. Huhuhu serunok betul.

Tapi aku tetap berbuka di tapak berteman kan cahaya lampu jalan dan suramnya cahaya bulan yg jauh. Tapi balik rumah belasah tak ingat. Mak bekalkan aku dengan 'murtabak dari Pekan kecil BEHRANG' best betul. Rasa macam aku berada di kampung sahaja.

Hari ini aku mengantuk betul. Masa memadu motor ke tempat kerja pun aku sempat terkhayal. Nyaris-nyaris tertidur. Bahaya sungguh kan.

Tiada ulasan: